Introduction

Well, hello world. Seperti yang dah tertera kat blog ni, nama aku hafizul izwan. You may call me fzul. Reti sebut tak? Tak reti lantak korang lah. Tak penting mana. Masih lagi muda remaja. Menapak di kajang, selangor. Wahh. Detail lah pulak. HAHAHA. Aku suka style and fashion, tp bukan lah jenis yg sampai nak jadi model. And bukan semua trend aku ikut. Ada yg aku minat, aku try ler sikit sikit. Nak banyak banyak, tak larat.

Kalau korang nak tahu, aku ni seorang gamer yg tegar. Tegar macam mana? Takpe, lambat laun, korang go through blog aku ni, sure korang akan paham apa itu gamer yg tegar. Selain game, aku suka tgk movie. Dulu aku rajin ler pergi tgk movie dgn geng geng sekolah. Tp lepas dah habis sekolah, masing masing pun busy. So takde lah geng geng dulu tu. Nak kate langsung tak tengok wayang tu, menipu ler namenye, sometimes aku pergi gak tgk, tp dgn syarat aku dipayung. Hihihi.

Aku minat muzik. Bab muzik muzik ni, aku rasa mmg most all of us suka muzik ni kan? Tp takpe, aku nak nyatakan jugak yg aku minat muzik. Muzik ape yg aku layan, lek lu. Tu tunggu post lain. Macam macam muzik aku sharekan korang nnt. Wahh. Macam bagus je post aku ni. HAHAHA. Oh ya! I am gadget freak. Aku mmg gila gadget la. Contohnye macam phone, laptop, musicplayer dll. Memang gile sangat. Gentle tak tipu. Setakat ni, yg paling menarik perhatian aku, Apple. Aku tau korang pun, ramai yg gilakan gadget dari apple ni kan. Banyak benda yg aku nak share pasal gadget ni, tp lain post lah.

Korang suka travel tak? Aku suka travel sebenarnya. Kalau boleh, aku nak ada private jet satu utk dijadikan rumah. So hari hari aku nak travel tempat baru, tp dah melampau lampau pulak gitu. Mampu pun tidak. Ade ler a few places yg aku dah pernah pergi selama 8belas tahun hidup ni. Still, aku nak share kat korang tempat tempat yg aku rasa menarik, pernah or blum aku pergi. Bila dah berjalan jalan, lapar tak? Lapar kan. Bila lapar, kena lah makan. Cerita pasal makan, aku suka makan tau. Kalau ade tempat makan yg best, aku akan share kan kat sini later. Selalu lah singgah blog aku yg tak seberape ni ye. HAHAHA.

Aku taktau la kebanyakkan lelaki lain minat kereta ke tak, tp aku minat sangat. Walaupun aku blum berkemampuan utk memiliki sebuah kereta sendiri, angan angan nak ada kereta sendiri tu mmg agak selalu lah kan. Nak tau kereta mcm mana yg aku suka? Nanti korang tau. Seperti yg engkorang tahu, aku tak pandai sangat bab bab content blogging ni. So, komen komen dan kritikan yg membina, sangat lah dialu alukan. Support sikit guys.