Apple

Apple. Sejenis buah buahan yg asalnya datang dari luar negara. Negara mana, aku tak pasti. Kau google lah. Sekarang ni, kalau korang sebut apple, 1st thing yg org akan fikir, bukan lah buah yg dlu kite cekik tu ye. Apple sekarang ni, gadget yg dicipta oleh Steve Job. Siapa Steve Job? Haaaa ni dia Steve Job.



Okay, aku bukan lah nak cerita pasal Steve Job. Aku nak cerita pasal gadget ciptaan dia. Aku sangat lah tertanya tanya, kenapa apple? Macam mana nama apple boleh dipilih jadi nama brand gadget dia? Kenapa tak langsat? Kenapa tak Longan? Kenapa tak laici? Kenapa tak durian dan sebagainya. Walau ape pun, Apple ni mmg famous sangat skrg. Aku rasa budak 5tahun pun dah ade gadget dari apple skrg ni.

Bermula dgn MP3 player, berevolusi ke handphone, lalu komputer riba dan dipercayai masih lagi berevolusi skrg ni. Hebat tak? Apa yg aku paham, dulu Apple Inc. ni jual mp3 player je atau lebih dikenali sebagai ipod.


iPod Shuffle yg pertama (kalau tak silap)


iPod Shuffle yg kedua (kalau tak silap)


iPod Shuffle yg ketiga (kalau tak silap)


Itu baru kisah iPod Shuffle tahu? Ada lagi iPod lain. Next iPod yg apple ada, iPod nano. iPod Nano ni up sikit dari iPod Shuffle sebab kali ni, ada screen. So kita boleh pilih lagu kita nak dgr. Macam iPod Shuffle, kita taktahu lagu apa yg akan kita dgr kemudian. Sebab tu lah shuffle namenye iPod yg tadi tu.

iPod Nano yg pertama (kalau tak silap)


iPod Nano yg ketiga. Now orang panggil ni iPod Classic (kalau tak silap)


iPod Nano yg kelima. (kalau tak silap)


and the latest iPod Nano 6th Generation,



Haaaa. Banyak tak evolusi setiap iPod ni? Lama lama, teknologi bertambah maju, so Apple create mp3 player yg ada pelbagai fungsi lagi. Selain dgr lagu, boleh tangkap and tgk gambar, boleh rakam video, boleh tgk movie, boleh main game, boleh surf internet pun. Macam macam lah. Apple bg nama gadget ni, iPod Touch(iTouch). Rupa bentuk iTouch ni, lebih kurang mcm phone. Teenagers mmg gilakan benda ni. Aku rasa lah. Sebab jarang nampak orang dewasa pangkat makcik makcik, pakcik pakcik luar sana yg layan bende ni. Latest iTouch, iTouch 4th generation.



Habis aku nak cerita pasal iPod. Now mari kite cerita pasal handphone pulak. Handphone dari apple ni, namenye iPhone. Ape yg aku tahu, iPhone ni salah satu smart phone. Kenapa panggil smart phone, aku sendiri pun taktahu. Kalau korang tahu, korang bgtau lah kat komen ye. Hihihi. iPhone ni, mmg sebijik mcm iTouch, cuma iPhone boleh buat phone call and msg. Tp iPhone 4 lain sikit ye rekabentuknya(aku gila yg ni skrg).

iPhone 3gs


iPhone 4


Latest Apple ada iPad pulak. iPad tu binatang apa? iPad tu mcm yg lain jugak, cuma lebih besar. Bila besar, senang lah nak jadi kan mcm computer. Paham tak? Kalau phone tu nak jadi kan mcm computer, kecik sangat, so besarkan sikit jadilah iPad.



Last barang utama yg apple ade, laptop. Laptop dari apple ni namenye Macbook. Haa. orang cakap, Macbook ni powerful gila. Apa yg powerful sgt ntah. Same gak function nye enn? Tp aku rasa ni mesti ada kelebihan dia, cuma aku je taktau. Macbook ni, orang orang kaye mampu lah pakai. Aku? Emm, satu hari nnt mungkin? Hihihi.



Banyak lagi barang barang dari apple ni. Ada iMac(desktop), iTV(televisyen), iRemote, Magic mouse(wireless and smart mouse) <---- yg ni cool serious! hahaha. Cable and ofcourse ada headset & earphone. Banyak sangat. Kalau korang masuk apple store(Mac), korang sendiri pun rambang mata nak pilih ekseseri yg ade. Tp bila tgk je bahagian harga, dari rambang mata, rabak lah mate korang. Mahal sangat. Kalau dah minat, mesti lah nak. Betul? Hihihi. Ape pun lah, barang apple ni mmg hebat. Nampak profesional sangat. Barang hebat, kualiti hebat, tentu lah mahal. Itu je masalahnye. Duit. Kesimpulannya, Apple best.

0 comments:

Post a Comment